Friday, August 19, 2011

Bagaimana dengan keselamatan diri dan keluarga anda?


Kejadian jenayah ragut, pukul, pecah rumah dan culik nampaknya tidak berkurangan walaupun pihak PDRM telah mula mengarahkan 6,000 anggota yang sebelum ini membuat kerja-kerja pentadbiran untuk turun membuat rondaan.
Penjenayah juga semakin berani dan ‘brutal’.  Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang warga Indonesia ditikam mati hanya kerana gagal mendapatkan wang RM10 sebagai upah menunjukkan arah di Stesen LRT Sultan Ismail berdekatan Wisma Sime Darby Kuala Lumpur.
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan aksi ‘brutal‘ penjenayah yang sanggup mengejar dan memanjat pagar untuk meragut rantai emas dari seorang wanita dalam kawasan pagar rumah jiran wanita berkenaan.
Mana tak brtutal, dah la panjat pagar untuk meragut siap bawak parang lagi, mujur wanita berkenaan tak ditetak dan yang paling menakutan ialah jenayah ini dilakukan pada waktu siang hari.
Penjenayah brutal
Penjenayah brutal (sumber:nst.com.my)
Kalau kita imbas kembali berita jenayah pecah rumah, samun dan ragut sejak awal tahun ini kita akan dapati bahawa jenayah ini berlaku hampir setiap hari.  Penjenayah juga semakin brutal dan kita tidak nampak tanda-tanda yang jenayah ini akan berkurangan.
Nampaknya kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif sendiri agar risiko ini dapat dielakkan atau setidak-tidaknya kebarangkaliannya untuk menimpa diri dan keluarga kita dapat diminimakan.
Kadang-kadang kecuaian kita (orang putih kata ‘take for granted’) atau ahli keluarga sendiri yang mengundang jenayah, contohnya tidak mengunci pintu rumah dan pintu pagar bila keluar rumah dengan alasan kita perlu keluar sebentar sahaja.
Selain daripada itu kita sebagai orang Islam digalakkan untuk memohon dan berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sebarang musibah, moga-moga diperkenankanNya. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah Doa Abu Darda,
Doa Abu Darda
Doa Abu Darda (sumber:nuursyifa.blogspot.com)
Talha r.a. meriwayatkan: “Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: “Tidak, rumah saya tidak terbakar.” Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. “Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam.”
Abu Darda r.a. menjawab: “Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”
Kita hanya berusaha dan berdoa, hak memperkenankan adalah hak Allah swt. Moga Allah pelihara diri dan ahli keluarga kita dari jenayah sebegini.

No comments:

Post a Comment